Friday, August 26, 2011

selamat HARAI raya

salam semua

wah wah wah

aku neh makin dekat nak raya, makin bz plak

tak sempat nk hapdate blog

sorry r my readers...

ader readers ker aku neh?

neway

lg beberapa hari jer neh nk raya kan

korang da ader baju raya ker?

kasut raya?

handbag raya?

kueh raya?

dan jalan raya?

hak hak hak

aku nyer persiapan raya cm biasa

baju raya kau disetelkan oleh adik aku

aku tak amik port sgt

yang aku tau baju raya aku dah siap jer

hahahahahahhahahah

kasut raya plak?

erms..br ingat nk beli

maklum ler da gaji kan

so nk beli kasut wedges la...

cm cantik jer kan

hikhikhik

baru terserlah keayuan kaki ku

pastu aper lagi yerk..owh kueh raya..

kueh raya tahun ni, tak beli pon

adik aku kan jual kueh raye..kate nyer

so senang citer persiapan aku utk berhari raya neh sempoi jer

tak beriya sgt

yang penting time blk kampung tuh

aku nk salam comolot ngn sedara2 aku yang ader

sonang nk kotuk duit ghayo

hak hak hak

beware..sediakan duit raya anda untk aku

ok la, before aku chalow bette

aku nk ucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR SAHAJA

BATIN TAKDO


hak hak hak

sekian

Monday, August 22, 2011

PePAtaH OraNg PuTiH # 7




I always forgive

but 

never forget. 

Learn from my mistakes

but 

I won't regret 

PePAtaH OraNg PuTiH # 6




I fall, 

I rise, 

I make mistakes,

I live, 

I learn, 

I've been hurt 

but

I'm alive. 



I'm human, 

I'm not perfect 

but 

I'm thankful

 ♥

Tuesday, August 16, 2011

PePAtaH OraNg PuTiH # 5

ni bukan ler pepatah org putih sgt

ni pepatah bos aku

hikhikhik

" besok nk terberak, hari ni dah cari jamban"

okey

sekian

auwww...kiut nyer jamban neh

fAkTA - FaKTa yAnG AnDA TiDAk TaHU # 2



Kebanyakan debu dibawah katil anda sebenarnya berasal daripada kulit anda yang telah mati dan mengering 

Fakta seterusnya, jika anda menyapu bedu tuh, debu tuh akan hilang kerana ianya telah disapu

Memang fakta tuh

p/s: thank kt kudin sbb aku cilok fakta neh dr dier..hikhikhik

Monday, August 15, 2011

KEPERCAYAAN dan KEIMANAN

aku dapat citer neh dr kumen kt facebook neh...klik sini


ini adalah page untuk Pendedahan-Eksklusif-Siapa-Sebenarnya-Sitt-Al-Wuzara




Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.

* Cerita ini saya dapat dari rakan dan ianya didalam bahasa English, saya terjemahkan sebaik mungkin untuk bacaan dan renungan rakan2. Dari email tersebut ia menyatakan ini 



adalah cerita benar dan pelajar tersebut adalah Muhammad Ali Jinnah, bapa Pakistan.


p/s: cerita ini wat aku terfikir dan insaf

beribu SESALAN?!!! maybe YES maybe NOPE



aku tgh tunggu karaoke version kuar

pastu aku nk karok sampai lebam lagu neh

demn lagu neh sgt2 besh

ni sume psl citer annissa kt tv3 ler neh

aku tergoda untuk terus donlod lagu neh

haish..

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang
Sunyi sepi
Juga rembulan
Dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri
Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku...

sekian

monday BLUES # 5 - puding ROTI?!!

hye hye hye

muniks u ols..

monday blues ker u ols?

i ols tak okey

i ols kt sini sgt2 ler happy

kenapa?

xnk tau kenapa ker?

sbb i ols da pandai wat puding roti

ni sume gara2 i ols baca blog kwn i ols yg dok citer psl puding roti

kalo nk bace tolong ler klik kt blog hazdiela neh

u ols nk tau, i ols bc blog dier neh time tuh i ols tgh pose ganti

maklum ler pompuan kan

so i ols terbace ler blog dier..

cm menarik, nk try wat kt umah sewa i ols mane ader oven

so juz mampu tgk n imagine i ols tgh berbuka pose ngn puding tuh

demn kan?!!

so i ols blk kg

i ols suh adik bongsu i ols wat kan

tp apsal adik i ols wat tak same ngn minah sorg neh wat?

pastu second time i blk kg pon, b4 pose start

i ols suh adik i ols wat satu kali lg

tp still tak same cm minah neh wat

then smlm i ols blk kg

i ols wat sendirik

hak hak hak

hasil nyer hampir same n sodap

tak caye g tanyer wan (nenek) i ols

dua kali dier bagi thumbs up kt i ols tau

double thumbs up u ols
hak hak hak

nk gelak bangga sat

so dier punya gamba puding tuh tade lah cantik sgt

bese2 jer

tp u ols, i ols wat manis sgt

mungkin kemanisan wajah i ols neh tertumpah dlm masakn i ols kan? kan? kan?

ok ler

sekian

(mood gediks)
dier nyer sos kastard tuh terpekat skit
p/s: sape sudi bg i ols duit raya?

Saturday, August 13, 2011

PePAtaH OraNg PuTiH # 4

Appreciate second chances

Because once you lose it, 

you'll never get back what you let go





Salah satu alasan kenapa sebuah hubungan berakhir adalah kerana berhenti melakukan hal yg dilakukan ketika pertama kali bertemu ♥





Jangan berikan hati kamu kepada seseorang sebelum kamu yakin bahawa dia tahu bagaimana cara utk memperlakukannya dengan baik

PePAtaH OraNg PuTiH # 3


Fri(END), Boyfri(END), Girlfri(END)

>>Everything has an "END"<<


except Fam(ILY) --> It Has "I LOVE YOU

p/s: thank you kt kwn fb for this words

Friday, August 12, 2011

freaky FRIDAY # 5 - mimpi




mimpi

semua orang mesti pernah mimpi

tipu la kalo tak pernah mimpi

kalo mimpi jer takper

nih siap ngigau-ngigau

sampai memba da stand by kertas n pen

nk catit no ekor

hak hak hak

okey

mimpi

aper yg korg paham pasal mimpi?

bg aku ia ade lah image2 yang terhasil dr kenangan silam kiter atau aper yg kiter bayangkan sblm tido

bkn ler nk kater image..kadang2 more pada cm video

mimpi kadang pelik

sekejap kiter kt sini..tuptup kiter da sampai kt tmpt lain

kadang2 sebab mimpi kiter leh nangis

aku penah mimpi sampai menangis

tp aku tatau aper yang aku mimpikan

tp kalo dapat mimpi indah, terasa xnk bangun kan

nk jer layan mimpi tuh

tp kalo dpt mimpi ngeri, kiter berharap cepat la bangun

da tak sanggup nk hadap mimpi ngeri + seram sejuk tuh

korg pernah dapat mimpi ala-ala dejavu?

dejavu neh aper yang aku paham ialah mimpi dulu pastu benda yg kiter mimpi tuh happen in real life kiter

aku pernah mimpi cmtu

tp bkn ler scene penuh yang kuar

juz scene skit2 jer yg mane aku teringat aku penah nmpk / alami menda neh

dan pastu aku rs seram sejuk sendirik

hikhikhik

korang tak rase ker alam mimpi itu pelik?

MIMPI = freaky FRIDAY

sekian

p/s: sape nk banjer aku buka pose mkn ayam golek? angkat tangan



Thursday, August 11, 2011

sedih SEDIH sedih

hari ini aku masih lagi bersedih

kehilangan sesuatu yang amat aku sayang membuatkan aku sedih

walopon sekejap, tp ia cukup bermakna

so aku layan la lagu neh

aku tatau ni lagu ape

tp muzik neh menenangkan aku

actually aku dapat lagu neh dari satu blog

tapi aku tak ingat blog aper

neway thanks to that blogger

so aku bg korg link kt youtube tok layan lagu neh

really love diz song

Wednesday, August 10, 2011

teka TEKI teka TEKUK, ular MATI dalam MANGKUK

hye korang..

aku ader teka teki neh

amik dr kawan aku

so try r jawab

tenkiu

soklan 1: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?

soklan 2: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

soklan 3: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.

soklan 4: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?

ok ni dier 4 soklan yang mencabar minda aku..tatau la minda korg tercabar ker tak.

sekian

Wordless Wednesday # 7


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description

Read more: http://wiki.answers.com/Q/What_is_wordless_wednesday#ixzz1RxPfWK7Y






p/s: today im fucking sad

Tuesday, August 9, 2011

citer HARI minggu






  alops

murnink2 uols

pose tak?

aku tatau nk citer aper hari neh

so aku buka hardisk aku

usha gamba lame

so teringat plak satu gamba kitorg g cameron highland tanpa dirancang

dan akibat nyer

lihat r gamba


pic odw nk g sana..ikut jalan dalam..kami tak guna highway



3 gamba di atas kami tgh melepak-lepak tatau dimana tmpt nyer..men redah jer







gamba-gamba di atas plak kami tersangat mengantuk so men crush  jer tmn rekreasi neh..siap pasang hammock..tak rancangkan perjalnan neh..so bajet pon tade nk check in...hikhikhik..kewl wat?!!!





masa melawat ladang teh...pergh nk lalu kt sini mmg memerlukan keberanian yang sgt tinggi..dah r jalan sempit dan curam...bayang kalo ader due kete nk lalu..mmg scary r..

strawberry time bebeh!!!
p/s: sape nk ikut g jenjalan?

Monday, August 8, 2011

monday BLUES # 4 - my little baby bree

munink2

monday blues tak hari neh

aku tak

kenapa aku tak?

korang nk tau tak?

kalo xnk tau aku nk bgtau gak

coz aku ader BREE

korg tau aper itu BREE

dier seekor arnab

hikhikhik

aku neh bkn ler seorang pet lover

tp kan budak umah aku sume ader haiwan peliharaan

sorang tuh hamster..sorg lagi tuh ikan emas

so aku pon nk gak la sekor

hikhikhik

sebenar nyer tade ler aku nk bela sgt haiwan neh

tp masa teman kwn aku niaga bazar malam dekat THE MINES

aku jln2 r kt situ..

jumpa r 3 buah kedai haiwan..

tu br separuh aku jalan, sbb kt situ sgt byk kedai

kwn aku cakap ader 500 khemah, means ader 500 kedai

ouchh

banyak tuh

tu yang terbeli sekor tuh

hikhikhik

ok berbalik pada my little bree

hikhikhik

cm gedik jer kan name BABY BREE...

kete aku name dier BABY GEBY

kamera aku plak BABY KENOWEED

hak hak hak

sume barang nk bernama

aper nyer gedik r manusia sorg neh kan

tp whos care

aku nyer suka ler kan..

aiyoyoyo..aku banyak mepek neh

so tgk ler pic BREE tergedik neh yerk...

bree tgh praktis posing

nih kes gerak2..org suh statik tak mo

mata muh merah wahai brebree
budak umah aku panggil brebree

so dorg panggil aku mummy bree

dorg plak gelarkan diri dorg kawan mummy bree

hak hak hak..

lawak kan..tolong r gelak..

(kalo tak gelak aku maloo dowh)

p/s: skang aku sangat sayang brebree aku neh..sape tau pasal jaga arnab, roger2 aku k

Friday, August 5, 2011

berniaga DI BAZAR ramadhan

yuhuuu

still dlm mode excited hokey

kan aku ader citer kt sini

so semalam keadaan cuaca tak berapa nk bgs sgt

so tak ramai ler pelaggan nyer

cuma ms first day aku tolong tuh agak laku

cepat kedai dier abis 

mungkin sbb ade pelaris yang cantik ini

*wink wink wink wink (pasan mode activated)

so smlm sempat ler aku meng'snap' bape gamba

hikhikhik

maloooo...tp nk tunjuk gak

muka ceria walopon tak ramai customer..mesti sentiasa senyumm..sat ini linda k

air kedai sebelah..besh woooo

p/s: sunuk gak berniaga neh


freaky FRIDAY # 4 - kungsi cerita

hallo

happy friday

pose tak kenkawan semua?

tadi tgh blog walking kt sini

cm besh jer citer nyer...

pastu g tgk citer kt  sini plak

itu ler menda FREAK untuk hari jumaat ini

hurm...

komen aku

bagus gak dier wat cmtu

tp kesian kt pakcik tuh

nk dikata diaibkan pon iyer gak

tp kalo tak wat cmto, dier akan terus menipu org lain

kesian

tp aku paling mencik org dtg mintak sedekah time aku tgh mkn

mmg sound cam kejam

lebih2 lagi kalo org buta yg berlagak buta..

kalo Allah betul2 butakan mate dier nanti

padan muka.

ok dah merapu sgt neh

selamat menunaikan ibadah puasa

sekian


p/s: credit kt laman ayah su and mazidul

Thursday, August 4, 2011

iklan GANGSTER

mmg sumpah lawak haram

korng g klik kt sini

tgk video nih

mmg sengal la

aku hanya mampu tersenyum

coz taleh nk gelak sgt

batok dowh

sekian


p/s: credit to kwn facebook aku sbb bg link citer neh